Sunday, July 01, 2007

Bahasa

Bahasa malaysia, satu satu bahasa yang telah diajar sejak sekolah rendah dulu. Terimbas kembali detik sewaktu bersekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Methodist, Brickfield. Setiap hari terpaksa menghafalkan puisi and simpulan bahasa. Selain dari buku buku sekolah, dunia saya terkecimpung dalam bahasa inggeris dan berbagai bagai loghat bahasa cina. Dalam sekolah menengah, setiap kali bila ke perpustakaan, bila cuba nak meminjam buku bahasa malaysia, terbinggung saya melihat bertapa banyak buku tetapi tak dapat sekali mencari satu yang dapat memikat hati saya.
Setelah sekian lama, 2o tahun, dalam umur 40an , teringat kembali bahasa yang telah saya bertukus lumus berlajar. Demi mencari pengetahuan sahajakah?
Seminggu dulu, di perpustakaan, terlihat akan buku karya Abdullah Hussain tertajuk INTERLOK. Satu satunya sasterawan Negara. Novel ini memaparkan tema tentang integrasi kaum terbesar iaitu Melayu, Cina and India di Malaysia yang diwakili oleh tiga keluarga yang berusaha menjalani hidup bersama sebagai rakyat negara yang merdeka dan berdaulat.
Dalam rangkuman zaman sekarang yang sering mencari cari akan kemewahan hidup, intergrasi antara kaum tersering kalanya ketinggalan.
Untuk pertama kalinya, saya telah mencari satu buku melayu yang merangsangkan pencarian ilmu saya.

No comments: